Nifsu Syaban Malam Pengampunan
Assalamualikum dan salam 1Dunia, tersentuh sungguh apabila membaca entri Ustaz Rahim bertajuk Nisfu Syaaban dan menyedarkan aku yang kekadang terlalu sibuk dengan duniawi. Syaaban terus berlalu dan tanpa kita sedari Ramadhan kian dekat tetapi belum pasti samada kita mampu bersama dengan Ramadhan yang mulia. Tarikh 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai tarikh malam Nisfu Syaaban yang malamnya ada banyak kelebihannya.
Antara petikan dari blog Ustaz Rahim :
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam Nifsu Syaaban, maka dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)." [ Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain]
Adapun amalan membaca yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sndaran ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun, tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut. Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itu lah yang salah.
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi SAW bersabda : " Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nifsu Syaaban dan dia berkata : " Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat akan dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit".
Kata saya : " Hai Jibrail, apakah erti malam ini? " Dia menjawab : " Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah SWT mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba', orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi". ( Zubdathul Wa'izhin )
Diriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda : " Barangsiapa berpuasa tiga hari dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, makan Allah SWT mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati tahun itu makan dia seperti orang yang mati syahid".
Nabi SAW bersadba : 'Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepadaNya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.
Jadi mari sama-sama kita ikut masihat Ustaz Rahim : Marilah kita mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan seperti bertahajjud, membaca Al Quran, berzikir, memberi sedekah dan sebagainya. Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam Nifsu Syaaban.
Older Post | Newer Posts