just smile :)
Thursday, January 12, 2012, 2 speaks



Senyum seindah suria, yang membawa cahaya ungkapan yang sangat istimewa menggambarkan betapa cantik dan indahnya senyuman itu. keikhlasan senyuman itu lahir dari hati yang bersih & suci. manisnya senyuman kerana sifat itu biasa diamalkan membawa satu ribu satu kebaikan yang buat mereka yang sentiasa tersenyum.


Senyuman itu manis dan lebih manis dari madu yang boleh menjadikan pengubat pada hati yang duka dan lara. 


Senyuman itu tenang dikala keresahan tabah hadapi ia dengan senyuman, supaya kelihatan kental menangani masalah, supaya dapat lahir rasa tenang & hilang rasa gugup. senyumlah dengan kekuatan yang ada. 


Senyumlah ketika bertemu rakan rakan dan mereka pasti terpegun & kagum tertanya " kenapa kamu selalu tersenyum? " dengan senyuman itu membuatkan mereka tersenyum dan terus berjangkit.


Senyuman itu menawan pada para wanita yang bergelar kekasih ataupun isteri. berilah senyuman pada suami dengan senyuman itu lebih bahagia berdua. senyumlah dikala dia ingin pergi melakukan tugas, senyumlah dikala sambutnya pulang dari tugasan, dan perolehlah segala pahala sedekah kerana senyuman itu sedekah.


Senyumlah disamping pelanggan pelangganmu terasa senang berurusan, ditatapi wajah yang penuh gembira walaupun menghadapi hari sukar insyaAllah senyuman membuat pelanggan akan sentiasa buat mereka teringat mungkin bukan hari esok atau lusa, mungkin masa masa akan datang kerana hadirnya senyuman dari dirimu.


tidak rugi jika memberikan senyuman, senyumlah dengan ikhlas supaya dapat ketengan darinya. senyum tidak perlu berkata apa apa. renung renungkanlah seketika & selamat beramal. SMILE  
2 comment(s)
Older Post | Newer Posts